Tentang Blog

Blog ini ditulis oleh orang baru dalam hal kereta.

Diinspirasi setelah melihat blog-blog lain yang menulis tentang kereta, maka blog ini ditulis dengan tujuan utama sebagai rujukan sendiri penulis tentang ilmu-ilmu baru yang dipelajari tentang kereta. Maklumat yang dinyatakan di dalam blog ini diberitahu benar, diketahui benar, atau dipercayai benar dan ditulis dengan seberapa tepat yang mungkin pada masa ia ditulis. Tulisan di dalam blog ini ditulis sendiri oleh penulis melainkan dinyatakan sebaliknya.

Halatuju blog dan kereta yang digunakan penulis ialah untuk kereta kegunaan seharian penulis sendiri. Jadi, blog ini sangat tidak sesuai untuk mereka yang mengharapkan panduan professional tentang kereta.

Nama-nama yang dinyatakan di dalam blog ini ialah nama sebenar melainkan dinyatakan sebaliknya. Penulis tiada mengambil keuntungan dengan penyiaran nama-nama bengkel, pengeluar peralatan, penyedia servis dan sebagainya, mahupun mempunyai kaitan secara langsung atau tidak dengan pemilik-pemilik nama tersebut melainkan dinyatakan sebaliknya. Sekiranya anda pemilik nama dinyatakan dan tidak mahu nama tersebut disiarkan, diminta untuk menghubungi penulis di ruangan komen di mana nama tersebut dinyatakan.

Dengan membaca blog ini, pembaca bersetuju bahawa segala yang anda baca adalah atas risiko sendiri dan penulis tidak bertanggungjawab atas segala info yang telah diberikan.